JOMVI HOSTING · TERMS

Terma JOMVI Hosting

Satu pakej RM10

Pakej JOMVI Hosting yang dicadangkan ialah RM10 sebulan bagi setiap website, termasuk storan 1 GB, penggunaan data 10 GB sebulan, pilihan WordPress/Laravel/website biasa, subdomain, custom domain dan SSL. Pelan hosting baharu belum dibuka melalui checkout awam. Pelanggan berpelan berbayar yang layak boleh memperbaharui hosting di jomvi.my/renew selepas pengesahan Google.

Tambahan pilihan

Tambahan 1 GB storan dicadangkan RM1 sebulan. Tambahan 10 GB penggunaan data dicadangkan RM5 sebulan. Kapasiti tambahan untuk website yang lebih berat akan dinilai mengikut penggunaan. Tiada caj tanpa pilihan dan persetujuan pelanggan. Add-on Founding 30 dibayar secara pilihan dan boleh direnew awal mengikut tarikh tamat add-on sedia ada. Hosting asas percuma tidak ditukar kepada berbayar. Penambahan storan atau data untuk website berbayar yang layak dibuat di jomvi.my/topup, dengan pengesahan jumlah sebelum Stripe Checkout.

30 pertama percuma

Program promosi pengenalan Founding 30 menempah satu tempat apabila pengguna yang disahkan memulakan pembinaan website melalui JOMVI. Tempahan tidak memerlukan website diterbitkan terlebih dahulu. Penerbitan yang berjaya menukar tempahan kepada aktif tanpa menolak tempat kali kedua. Menekan Connect sahaja tidak mencipta tempahan.

Selepas tempoh promosi

Selepas tempoh promosi pengenalan tamat, sambungan pakej berbayar RM10 sebulan memerlukan pemberitahuan dan persetujuan pelanggan. Kami tidak mengenakan caj automatik berdasarkan senarai minat atau pelawat laman.

Had penggunaan

JOMVI boleh mengenakan had sumber secara berpatutan untuk melindungi pelanggan lain. Pelanggan akan dimaklumkan tentang penambahan sumber dan tindakan yang diperlukan. Aplikasi dengan database memerlukan provisioning dan sandaran khusus; jangan simpan data production pada pemasangan sementara yang belum diuji.

Status semasa

Plugin JOMVI telah diterbitkan di ChatGPT. HTML statik boleh diterbitkan melalui OAuth dan permintaan yang diluluskan; slot Founding 30 yang tersedia ditempah secara automatik apabila pengguna mengesahkan penerbitan. Pemasangan WordPress dan Laravel baharu masih memerlukan semakan operator. Pembayaran hosting berbayar dibuat hanya di laman JOMVI melalui Stripe Checkout, bukan melalui plugin ChatGPT. Penerima Founding 30 tidak dicaj secara automatik.

Kembali ke jomvi.my