JOMVI HOSTING · BANTUAN
Bantuan JOMVI
Macam mana nak mula?
Sambungkan plugin JOMVI yang sudah diterbitkan di ChatGPT, pilih Sign in with Google untuk mengesahkan akaun dan nyatakan jenis website yang mahu dibina. JOMVI menyokong pemilihan 22 teknologi; HTML statik boleh diterbitkan, manakala aplikasi container tanpa database memerlukan imej OCI diaudit terlebih dahulu. WordPress + MariaDB kini mempunyai installer terurus yang telah diuji, termasuk SSL dan backup/restore. Laravel dan CMS berdata lain masih memerlukan UAT sebelum pemasangan production.
Nak pilih domain?
Jika belum ada domain, minta nama subdomain JOMVI. Jika sudah ada domain sendiri, beritahu ChatGPT alamat itu. JOMVI akan bantu langkah sambungan dan pengesahan pemilikan sebelum website dipindahkan.
Domain guna Cloudflare?
Jika sambungan Cloudflare dibenarkan dan tersedia dalam ChatGPT, guna sambungan itu untuk bantu mengurus rekod domain. Jika tidak, JOMVI boleh memberikan langkah satu per satu yang mudah diikuti.
Bila slot percuma diambil?
Slot Founding 30 yang tersedia ditempah secara automatik apabila pelanggan yang disahkan meluluskan dan menghantar permintaan penerbitan website, bukan ketika login atau Connect sahaja. Connect sahaja tidak menempah slot. Deployment yang berjaya mengaktifkan tempahan sedia ada tanpa menolak kuota kali kedua.
Macam mana nak tambah ruang atau data?
Untuk website berbayar atau pengguna Founding 30 yang menambah kuota berbayar, buka jomvi.my/renew bagi pembaharuan dan jomvi.my/topup untuk tambah storan atau data. Google Login diperlukan; bayaran dibuat hanya di Stripe Checkout selepas semakan jumlah. Hosting asas Founding 30 kekal percuma, tetapi add-on boleh dibeli dan di-renew awal. Renew awal tidak membuang baki tempoh; kuota tambahan tamat apabila tempoh add-on berakhir.
Ada soalan lain?
Hubungi support@jomvi.my untuk pertanyaan sokongan. Jangan kirim kata laluan, OTP atau butiran kad.